Hari ini, jumlah mangsa banjir di Selangor meningkat lebih dua kali ganda kepada 583 orang daripada 163 keluarga setakat 3.40 petang, berbanding 215 orang babit 55 keluarga pagi tadi. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai tambahan khas RM2,500 kepada setiap mangsa banjir yang layak di Selangor.

Bantuan itu dijangka mula disalurkan mulai esok, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

"Bantuan ini bertujuan meringankan beban mangsa bagi menggantikan barangan keperluan rumah yang rosak atau musnah akibat banjir," katanya.

Bagaimanapun, menurut PMO, kaedah pelaksanaan dan syarat kelayakan bantuan itu akan diumumkan oleh agensi pelaksana.