SETIAP kali seseorang membuka emel perkhidmatan Google (Gmail), mencari arah di 'Google Maps,' menyimpan gambar kenangan atau berbual dengan pembantu kecerdasan buatan (AI), semuanya memerlukan kepada satu proses khusus.

Kebanyakan pengguna menganggap semuanya berlaku di ''awan', seolah-olah perkhidmatan itu terapung di ruang maya tanpa bentuk.

Hakikatnya, setiap klik, carian dan mesej bergantung pada bangunan sebenar yang dipenuhi pelayan, kabel, sistem kuasa dan penyejukan yang bekerja tanpa henti.

Pusat data umpama jantung atau otak sesebuah perkhidmatan digital.