MY Mobility Vision berkata peraturan jelas diperlukan bagi melindungi pekerja, selain memberi fleksibiliti kepada perniagaan untuk menentukan cara terbaik mematuhinya. (Gambar fail)PETALING JAYA: Badan pemikir pengangkutan MY Mobility Vision (MMV) hari ini menggesa penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) disegerakan susulan keputusan Tribunal Pekerja Gig baru-baru ini berhubung pertikaian membabitkan sebuah syarikat e-panggilan.

Dalam kenyataan, MMV berkata keputusan tribunal itu perlu diterjemahkan kepada 'peraturan yang jelas dan adil yang boleh difahami serta dipatuhi semua pihak dalam industri'.

Ini termasuk cara pemandu e-panggilan menerima tempahan, yang berbeza mengikut platform, katanya.