​WASHINGTON: Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent, terpaksa dipindahkan dari kediaman peribadi ke sebuah kem tentera berikutan ancaman bahaya ke atas nyawanya yang didakwa daripada Iran.

​Laporan yang memetik tiga sumber memaklumkan pihak berkuasa AS membuat kesimpulan berhubung plot ancaman Iran terhadap pegawai dan bekas pegawai kanan kerajaan yang kini berada pada tahap membimbangkan.

Sejak Ogos lalu, Bessent menerajui kempen tekanan ekonomi bagi memulaukan Iran secara kewangan menerusi sekatan lebih tegas serta sekatan laluan perdagangan antarabangsa.

​Peranan agresif yang dimainkan menjadikan Setiausaha Perbendaharaan terbabit sebagai antara sasaran utama yang paling ingin dicederakan oleh pihak pentadbiran Iran.