ALOR SETAR: Sebanyak 46 pendatang asing pelbagai warganegara ditahan menerusi Operasi Sapu dan Operasi Pintu yang dijalankan di sekitar Sungai Petani dan Alor Setar, semalam.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam kenyataan di laman rasmi Facebook memaklumkan dalam dua operasi berasingan itu, mereka menahan 27 lelaki dan 19 wanita warga Bangladesh, Myanmar dan Indonesia yang berusia 20 hingga 50 tahun.
“Dalam Operasi Sapu yang dijalankan di sebuah tapak pembinaan di Persiaran Amanjaya 5, Sungai Petani pada 9 pagi, sebanyak 49 orang terdiri daripada warga asing dan tempatan diperiksa.
“Sebanyak 30 pendatang asing iaitu 27 lelaki dan tiga wanita warga Bangladesh, Myanmar dan Indonesia ditahan, kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63. Kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Belantik,” menurut kenyataan itu.









