Batu Pahat: Lelaki berusia 75 tahun kerugian RM325,951.33 selepas diperdaya sindiket penipuan telefon yang mendakwa akaun bank mangsa dibekukan Bank Negara Malaysia (BNM).

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, warga emas itu dihubungi seorang wanita tidak dikenali pada awal Mei lalu yang memaklumkan akaun banknya dibekukan BNM.

Beliau berkata, suspek mengarahkan mangsa memindahkan wang ke beberapa akaun bank kononnya bagi tujuan mencairkan akaun berkenaan.

"Suspek turut menjanjikan wang itu akan dikembalikan selepas urusan selesai, selain memberi amaran kononnya BNM akan mencari mangsa sekiranya dia tidak memberikan kerjasama.