Klang: Lelaki warga Nepal berusia 52 tahun dijatuhi hukuman penjara 35 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah menikam seorang lelaki hingga maut menggunakan gunting dalam pergaduhan di Pelabuhan Klang, tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Norliza Othman turut menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap tertuduh, Saravanan Periyasamy atas tuduhan mencederakan seorang wanita berusia 22 tahun yang ditikam pada bahagian tangan ketika cuba melindungi mangsa.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara itu berjalan serentak.
Menerusi alasan penghakiman bertarikh 9 Oktober lalu, Norliza berkata, pembelaan tertuduh hanyalah bersifat penafian semata-mata.








