MELAKA: Pendidikan al-Quran perlu diperkukuh sejak peringkat prasekolah bagi melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja mempunyai pegangan agama kukuh, malah mampu menguasai ilmu, teknologi dan bidang profesional.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendidikan al-Quran perlu mempunyai kesinambungan daripada peringkat prasekolah sehingga institusi pendidikan tinggi bagi memastikan anak-anak mendapat peluang mengembangkan potensi masing-masing.

Katanya, usaha itu penting bagi melahirkan generasi yang mampu mengimbangi penguasaan ilmu agama dengan kemahiran untuk menghadapi cabaran dunia masa kini.

"Kita mahu anak-anak mempunyai pegangan agama yang kukuh, tetapi pada masa sama menguasai ilmu, teknologi dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi dunia yang semakin mencabar.