Lim Kit Siang turut mengakui reformasi yang dilaksanakan setakat ini masih belum mencukupi sehingga mencetuskan gelombang kekecewaan.PETALING JAYA: Veteran DAP Lim Kit Siang menggesa pengundi Melaka menjadikan peletakan jawatan Loke Siew Fook sebagai menteri pengangkutan, titik permulaan untuk menghidupkan semula ‘Impian Malaysia’.

Dalam surat terbuka kepada rakyat Melaka, beliau menyeru pengundi negeri itu untuk mewakili seluruh rakyat Malaysia bagi menghidupkan semula impian menjadikan Malaysia sebuah negara hebat dan bertaraf dunia selain bersatu padu, dengan mengundi setiap calon DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Menurut bekas Ahli Parlimen itu, impian berkenaan menuntut setiap individu mengutamakan identiti sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu, sebelum melihat diri sebagai orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli.