Dalam sebuah negara menjunjung demokrasi dan kedaulatan undang-undang, setiap institusi perlu dihormati serta diberikan kebebasan menjalankan tanggungjawab tanpa tekanan mana-mana pihak.
Prinsip keadilan tidak boleh berubah mengikut selera, kepentingan politik atau siapa mendapat manfaat daripada sesuatu keputusan.
Malangnya, setiap kali timbul isu berkaitan undang-undang dan kehakiman, ada pemimpin politik lebih cenderung mengeruhkan keadaan berbanding membantu rakyat memahami perkara sebenar.
Perkembangan membabitkan pengampunan dan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak misalnya perlu dilihat dalam kerangka ini kerana ia membabitkan keputusan Yang di-Pertuan Agong berhubung pengampunan melalui saluran Perlembagaan.










