Pimpinan politik diingatkan supaya tidak terlalu ghairah bermain politik dalam isu Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak, sehingga melupakan prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.
Key takeaways
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengingatkan pemimpin politik supaya tidak mempolitisasikan Perintah Pengampunan Bersyarat Najib dan menasihati mereka merujuk isu ini kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
- Onn Hafiz menegaskan pengampunan adalah prerogatif Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 42 Perlembagaan.
- Dia menuduh Tony Pua dan DAP mencetuskan kontroversi melibatkan institusi diraja.
- Keputusan pengampunan bersyarat Najib melalui Lembaga Pengampunan melibatkan wakil kerajaan persekutuan dan Peguam Negara.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
PETALING JAYA: Pimpinan politik diingatkan supaya tidak terlalu ghairah bermain politik dalam isu Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak, sehingga melupakan prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.
Memberi peringatan itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sebarang pertikaian berhubung pengampunan bersyarat Najib perlu diajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengakui dalam sesi Dewan Rakyat pada 10 Disember 2024 bahawa beliau membawa pengampunan Najib dalam agenda Lembaga Pengampunan untuk dibincangkan.
Katanya, ia membuktikan bahawa pemimpin utama PH sendiri yang membawa agenda pengampunan bekas Perdana Menteri itu ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan.