KUALA LUMPUR: Syarikat insurans hayat dan pengendali takaful keluarga di negara ini telah membayar kira-kira RM55 juta manfaat tuntutan membabitkan 855 polisi insurans hayat dan sijil takaful keluarga yang dikenal pasti menerusi portal Semak Kasih setakat 16 Oktober 2026.
Pencapaian itu menyerlahkan peranan portal berkenaan dalam membantu keluarga mengesan potensi manfaat insurans hayat dan takaful keluarga yang belum dituntut, ditinggalkan oleh insan tersayang yang telah meninggal dunia.
Sejak dilancarkan pada Jun 2026, portal semakan perlindungan berpusat itu yang dibangunkan secara bersama oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA), telah merekodkan lebih 35,000 pengguna yang ingin mengenal pasti potensi manfaat insurans hayat dan takaful keluarga milik ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNajibRazak2_998141.png&w=480&output=webp&q=85&we)

