ISKANDAR PUTERI: Pelaksanaan kadar gaji minimum baharu bagi anggota polis bantuan sebanyak RM2,000 sebulan adalah tertakluk kepada dasar dan keputusan syarikat masing-masing.

Timbalan Pengarah (Operasi Pencegahan/Koordinasi Sumber Sokongan) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, skim perkhidmatan polis bantuan berbeza daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, PDRM berharap perkara itu terus diberi perhatian oleh setiap agensi masing-masing.

“Pihak PDRM akan memastikan kebajikan anggota penguatkuasaan, bagaimanapun ia bergantung kepada agensi masing-masing sekiranya pihak kerajaan mengarahkan agensi swasta selaraskan gaji minimum perlu dipatuhi.