MELAKA: Kepulangan Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani tahanan rumah memberi kelegaan dan kegembiraan kepada bekas Perdana Menteri itu selepas empat tahun terpisah daripada keluarga.

Perkara itu dinyatakan anaknya, Nooryana Najwa Najib, yang mengakui bapanya jelas lega sebaik menjejakkan kaki ke rumah, selain gembira dapat kembali bertemu isteri dan ahli keluarga lain selepas lama berjauhan.

"Saya sempat bertemu dengan beliau pada Selasa malam. Selepas itu saya ke Melaka, tetapi kita amat bersyukur kerana keluarga dapat berjumpa dengan beliau.

"Beliau lega sebaik tiba di rumah kerana sudah menghadapi pelbagai tekanan emosi dan mental sepanjang empat tahun berpisah daripada keluarga.