Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar antara 7,369 graduan diraikan dalam Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-70 bermula 14 hingga 19 November ini di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.
Key takeaways
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, bersama 7,369 graduan UTM ke-70 diraikan di Dewan Sultan Iskandar, Johor Bahru, dengan 10 sesi penganugerahan dan kehadiran Raja Permaisuri Agong.
- Shamsul Azri menerima Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan melalui APEL.Q pada 30 Ogos.
- UTM menyediakan pembelajaran fleksibel melalui ODL dan micro-credential.
- 680 graduan menamatkan pengajian di peringkat kedoktoran, 1,614 di sarjana, 4,228 di sarjana muda, 778 di diploma dan 69 Diploma Eksekutif.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
JOHOR BAHRU: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar antara 7,369 graduan diraikan dalam Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-70 bermula 14 hingga 19 November ini di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.
Naib Canselor UTM, Profesor Ts. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim berkata, istiadat konvokesyen itu melibatkan 10 sesi penganugerahan dan bakal disempurnakan dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah selaku Canselor UTM.
Katanya, Shamsul Azri bakal menerima Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan menerusi laluan Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL.Q).
Beliau mencatat keputusan cemerlang dan merit dalam sesi viva voce pada 30 Ogos lalu, sekali gus menjadi penerima sulung ijazah DBA menerusi laluan berkenaan di UTM.