Sektor perladangan kelapa sawit moden dengan penggunaan mesin mampu tawar pendapatan untuk belia sekitar RM3,500 sebulan.PETALING JAYA: Penggunaan mesin dalam sektor perladangan oleh SD Guthrie Berhad berjaya mengurangkan keperluan 2,252 pekerja am atau 29% tanpa pemberhentian pekerja, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Noraini Ahmad.

Beliau berkata, pencapaian itu hasil pelaksanaan 'Project Infinity' sejak 2021, yang memberi tumpuan kepada mekanisasi, automasi, dan pendigitalan bagi meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kebergantungan pekerja asing.

Katanya, 444 mesin digunakan setakat Jun 2026 bagi kerja bukan penuaian, termasuk pembajaan, kawalan rumpai serta kawalan perosak dan penyakit.