KUALA LUMPUR: Hartalega Holdings Bhd mencatatkan untung bersih lebih tinggi kepada RM32.80 juta pada suku kedua berakhir 30 September 2026 berbanding RM18.29 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu, didorong oleh keuntungan operasi yang lebih tinggi.
Pengeluar sarung tangan itu turut memaklumkan hasil meningkat kepada RM644.74 juta pada suku kedua tahun kewangan 2027 daripada RM539.66 juta pada suku kedua yang sama tahun sebelumnya, dipacu oleh harga jualan purata (ASP) yang lebih tinggi, manakala jumlah jualan secara keseluruhannya kekal stabil.
"ASP yang lebih tinggi membantu mengimbangi peningkatan kos bahan mentah, walaupun kenaikan kos itu tidak dipindahkan sepenuhnya kepada pelanggan," tambahnya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.









