Ketua Menteri Chow Kon Yeow kata pembekal air Perak mempunyai tempoh sehingga 2035 untuk mendapatkan kelulusan SPAN bagi caj yang dipersetujui dalam perjanjian air. (Gambar Johnshen Lee)GEORGE TOWN: Pulau Pinang boleh menarik diri daripada perjanjian bernilai RM24.6 bilion untuk membeli air terawat dari Perak tanpa perlu membayar pampasan, sekiranya caj yang dipersetujui tidak diluluskan oleh pengawal selia persekutuan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata perjanjian selama 40 tahun itu tertakluk kepada kelulusan caj yang dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Chow memberikan jaminan itu selepas lima pengarah bebas di syarikat air, PBA Holdings Bhd (PBAHB), membangkitkan kebimbangan berhubung bayaran yang mungkin masih perlu dilunaskan sekiranya bekalan air dari Perak terganggu.