MENGANGKAT realiti kehidupan dan isu masyarakat, platform penstriman iQIYI tampil dengan drama 12 episod terbaharu berjudul Dua Nyawa.
Karya hasil nukilan Liza Nur dan arahan Riza Baharudin itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zarif Ghazzi, Jazmy Juma dan Puteri Balqis.
Membawa tema 'Bila Hidup Paksa Kita Dewasa', naskhah terbitan Global Station Sdn Bhd itu mengetengahkan kisah cinta, tanggungjawab dan pengorbanan apabila satu keputusan mampu mengubah seluruh masa depan.
Dua Nyawa mengisahkan kehidupan gadis muda, Farhana berubah selepas hamil hasil hubungannya bersama Zafran.










