PRAGUE: Sepanyol meneruskan rentak cemerlang dalam Liga Negara-Negara apabila menewaskan Republik Czech 2-0 dalam aksi Kumpulan A3 di Prague, awal pagi tadi.
Jaringan Alex Baena menerusi sepakan penalti dan Marc Pubill pada penghujung perlawanan memastikan skuad kendalian Luis de la Fuente kekal unggul dengan rekod lima kemenangan daripada lima perlawanan.
Lebih menarik, kemenangan itu turut menyaksikan Sepanyol melanjutkan rekod tanpa kalah kepada 44 perlawanan kompetitif berturut-turut.
Sepanyol yang sudah mengesahkan tiket ke suku akhir sebelum berkunjung ke Prague, terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Baena pada minit ke-39.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F12313123_737118.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)