KUALA LUMPUR: Kerajaan ti­dak akan memperkenalkan semula cukai barang dan perkhid­matan (GST) ketika ini kerana sistem percukaian itu bersifat menyeluruh dan berpotensi membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan kerajaan itu bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat.

Beliau menjelaskan, hasil­ kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ketika ini 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu sama seperti hasil kutipan GST pada 2017.

Katanya, keadaan itu me­nunjukkan tiada alasan untuk GST diperkenalkan semula bagi meningkatkan hasil kerajaan.