KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan tidak memperkenalkan semula sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan dimuktamadkan atas faktor pendirian politik yang tidak boleh ditoleransi, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, ketetapan itu dibuat berpandukan hasil kajian makroekonomi, selain pelaksanaan GST dilihat lebih membebankan rakyat secara keseluruhan.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pendirian itu turut disokong kadar hasil dikutip melalui GST pada 2018, dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksana ketika ini, direkodkan pada jumlah sama.
"Mengapa kita tidak mahu (memperkenalkan semua GST)? Saya berkeras tak mahu GST? Bukan soal politik, apa ada politiknya kalau menguntungkan ekonomi negara dan menguntungkan rakyat.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F546456_986585.png&w=480&output=webp&q=85&we)