PETALING JAYA: Selepas sekian lama tidak mempertaruhkan karya di pentas pertandingan muzik tempatan, Yuna tidak menolak kemungkinan membawa lagu daripada album Melayu terbaharunya, Senjata, ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).
Malah, Yuna atau nama sebenar, Yunalis Mat Zara'ai, 40, mengakui teruja dengan peluang beraksi di pentas berprestij itu yang memberinya ruang dan kebebasan untuk menterjemahkan kreativiti menerusi persembahan tersendiri.
Tambah Yuna, album Senjata yang dihasilkan sepenuhnya di Malaysia mempunyai kekuatan tersendiri untuk dipertaruhkan dalam pertandingan seperti AJL dan Anugerah Industri Muzik (AIM).
Bagaimanapun, penyanyi Terukir di Bintang itu berkata, penyertaan dalam pertandingan berskala besar memerlukan perancangan rapi terutama daripada segi masa dan peruntukan kewangan memandangkan dia bergerak secara bebas menerusi label sendiri, Yuna Room Records.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F435534345345345_450468.png&w=480&output=webp&q=85&we)