ISTANBUL: Empat anggota tentera maut selepas helikopter tentera jenis S-70 terhempas di Malatya, timur Turkiye, semalam.
Kementerian Pertahanan Turkiye dalam kenyataan memaklumkan punca nahas masih belum dikenal pasti.
"Empat rakan seperjuangan kami yang berada di dalam helikopter S-70 terkorban apabila pesawat itu terhempas di Malatya atas sebab yang masih belum dikenal pasti," menurut kementerian itu.
Rakaman televisyen menunjukkan beberapa ambulans dan jentera bomba dihantar ke lokasi kejadian.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F435534345345345_450468.png&w=480&output=webp&q=85&we)