DUBAI: Seramai 14 orang maut, manakala 30 lagi cedera selepas sebuah trak hilang kawalan sebelum merempuh beberapa kenderaan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

Kementerian Dalam Negeri UAE dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku di jalan berhampiran pintu masuk ke wilayah Fujairah, kira-kira tengah malam.

Menurut kenyataan itu, pemandu trak terbabit hilang kawalan ketika melalui jalan berkenaan sebelum merempuh sebuah kenderaan lain.

"Trak itu kemudian terbalik dan merempuh beberapa kenderaan yang berhenti akibat kesesakan lalu lintas.