The Muslim 500 turut mengiktiraf Anwar Ibrahim antara ketua negara paling lantang di dunia dalam memperjuangkan isu Palestin, dengan mengekalkan sokongan teguh negara terhadap perlindungan orang awam dan akses kepada bantuan kemanusiaan di Gaza.KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menduduki tempat ke-13 dalam edisi 2027 "The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslims" yang diterbitkan Royal Islamic Strategic Studies Centre berpangkalan di Jordan.
Menurut edisi tahunan ke-18 penerbitan itu yang boleh diakses menerusi https://themuslim500.com, Anwar mula memegang jawatan perdana menteri Malaysia ke-10 pada November 2022, menerajui kerajaan perpaduan di bawah gabungan Pakatan Harapan (PH).









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-16112026-36_307284.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)