WASHINGTON – Presiden Donald Trump berkata semalam bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Apple, Tim Cook sepatutnya menggantikan Jensen Huang selepas CEO Nvidia itu meletak jawatan berikutan pendedahan mengenai dua hubungan sulit, termasuk satu dengan wanita yang didakwa pengintip China.
“Memandangkan CEO Nvidia JENSEN HUANG yang melakukan tugas dengan sangat hebat, telah meletak jawatan, ada seorang sahaja yang layak mengambil tempat beliau — TIM COOK dari Apple,” kata Trump di laman web Truth Social miliknya.
“Seorang Legenda menggantikan tempat seorang Legenda!” tambahnya.
Trump tidak mempunyai hak untuk bersuara secara rasmi mengenai siapa patut menerajui gergasi cip Nvidia yang menjadi teras kepada revolusi AI itu, namun campur tangan luar biasanya menyerlahkan hubungan rapat beliau dengan Huang dan Cook.









