Istanbul/Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mencadangkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook, menggantikan Jensen Huang sebagai ketua Nvidia susulan peletakan jawatannya daripada syarikat pengeluar cip itu, lapor Anadolu Ajansi.
Menerusi hantaran di platform Truth Social, Trump memuji kepimpinan Huang sebelum menyatakan sokongannya terhadap Cook.
"Selepas CEO Nvidia Jensen Huang yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang meletakkan jawatan, hanya ada seorang yang layak menggantikannya iaitu Tim Cook dari Apple. Seorang legenda menggantikan seorang legenda!" tulis Trump.
Nvidia pada Khamis mengumumkan bahawa Huang meletakkan jawatan sebagai presiden, CEO dan anggota lembaga pengarah berkuat kuasa serta-merta, ketika siasatan bebas dijalankan berhubung laporan bahawa beliau menjadi sasaran operasi perisikan asing.









