Buenos Aires: Lionel Scaloni terus diberi kepercayaan membimbing Argentina apabila melanjutkan kontraknya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan itu sehingga Julai 2030.

Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) mengesahkan lanjutan kontrak itu, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depan pengendali berusia 48 tahun berkenaan yang sebelum ini dijangka tamat pada Disember 2026.

Scaloni sebelum ini pernah menimbulkan tanda tanya mengenai masa depannya selepas Argentina tewas kepada Sepanyol pada final Piala Dunia, Julai lalu.

Bagaimanapun, kejayaan membimbing La Albiceleste merangkul kejuaraan Piala Dunia 2022 serta dua gelaran Copa America terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pengendali pilihan untuk menerajui pasukan itu.