Geneva: Gelang tangan bertatahkan batu nilam gergasi yang pernah menjadi sebahagian daripada koleksi permata mahkota Imperial Rusia dijual pada harga hampir AS$5 juta (kira-kira RM20.4 juta), sekali gus jauh mengatasi anggaran harga sebelum lelongan, lapor CNN.

Batu nilam Romanov berbentuk kusyen seberat 197.80 karat itu dipasang pada gelang tangan berlian bercorak geometri hasil rekaan Cartier, menurut maklumat lelongan rumah lelong Sotheby's yang menawarkan barang kemas berkenaan di Geneva, Switzerland, pada Rabu.

Gelang tangan itu terjual pada harga 4.1 juta franc Switzerland (kira-kira RM20 juta atau AS$4.9 juta), jauh melebihi anggaran harga asal antara 850,000 hingga 1.7 franc Switzerland (kira-kira RM4.16 juta hingga RM8.32 juta).