Petaling Jaya : Berhasrat untuk bertanding di pentas berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Anugerah Industri Muzik (AIM), penyanyi, Yuna tidak menolak kemungkinan untuk mempertaruhkan karya terbaharunya iaitu album Senjata.
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai, 40, berkata, album yang dihasilkan sepenuhnya di Malaysia itu wajar untuk dipertandingkan dalam anugerah berprestij itu.
"Insya-Allah, ini adalah album sepenuhnya buatan Malaysia, saya rasa wajar kita bertanding di AJL termasuk di pentas AIM.
"Bahagian yang paling menyeronokkan tentang AJL adalah diberikan sebuah pentas dan kebebasan kreatif untuk melakukan apa sahaja di serta cara kita mempersembahkan lagu tersebut.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F10%2F4e1733d2e2a01b6f70dfdaf8eed4c2d0.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

