Kuala Lumpur: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim dan Menteri Digital Gobind Singh Deo, antara nama yang berpotensi dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jawatan Menteri Pengangkutan susulan peletakan jawatan Anthony Loke, Selasa lalu.

Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Mazlan Ali berkata, kedua-dua pemimpin kanan DAP itu mempunyai kedudukan yang sesuai untuk dipertimbangkan, termasuk menerusi penyusunan semula portfolio dalam Kabinet.

Katanya, selain dua nama berkenaan, pemimpin DAP lain yang turut berpotensi adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

"Untuk tiga jawatan ini mungkin boleh dibuat penyusunan semula portfolio kerana Kementerian Pengangkutan juga antara kementerian kanan yang wajar diambil oleh salah seorang menteri kanan dalam DAP.