NEW YORK – Perkhidmatan Perikanan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat(USFWS) menyatakan bahawa seekor ikan yang ditangkap di New York memiliki warna kuning-oren yang luar biasa, lapor agensi berita UPI.

Seorang pegawai USFWS berkata, ikan burbot tempatan itu ditangkap semasa kaji selidik Spesies Invasif Akuatik di pelabuhan Tasik Oswego, dengan ahli-ahli biologi segera menyedari warnanya yang luar biasa.

“Warna ikan ini akan membuatkan dedaunan musim luruh yang paling terang pun kelihatan pudar secara perbandingan,” katanya.

Ahli-ahli biologi berkata, ikan tersebut mempunyai keadaan biologi zanthokromisme yang menekan pigmentasi biasa dan menghasilkan warna kuning-oren yang tepu.