Wanita yang disyaki menjadi pengintip China dalam skandal cip AI Nvidia, Alice Huang dilarang memasuki semula Singapura pada Februari lalu
Key takeaways
Kerajaan Singapura melarang Alice Huang memasuki negara ini pada Februari lalu kerana memberikan maklumat tidak tepat semasa siasatan terhadap Megaspeed. Beliau disyaki terlibat dalam pengisytiharan palsu mengenai pembelian cip AI Nvidia, namun tidak disiasat atas kesalahan intipan.
- Alice Huang dilarang memasuki Singapura pada Februari lalu kerana memberikan maklumat tidak tepat semasa siasatan.
- Pihak berkuasa memulakan siasatan terhadap Megaspeed pada Februari 2025 berhubung eksport cip AI Nvidia.
- Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan Alice tidak disiasat atas kesalahan intipan atau perisikan.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
SINGAPURA – Wanita yang disyaki menjadi pengintip China dalam skandal cip AI Nvidia, Alice Huang dilarang memasuki semula Singapura pada Februari lalu kerana memberikan maklumat tidak tepat berhubung siasatan terhadap Megaspeed, kata kerajaan Singapura semalam.
Alice yang merupakan bekas eksekutif syarikat berpusat di Singapura itu ‘disiasat kerana disyaki terlibat’ dalam pengisytiharan palsu oleh syarikat-syarikat teknologi mengenai pembelian peranti pelayan mengandungi cip AI canggih Nvidia, kata Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
“Alice Huang memberikan maklumat yang dia sendiri ketahui sebagai tidak tepat untuk menutup peranannya dalam Megaspeed”, kata kementerian itu sambil menambah, terdapat ‘bukti tidak mencukupi’ dia melakukan kesalahan berhubung ‘pengisytiharan yang tidak tepat’.