Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden kepala air di Sungai Luit, Kampung Orang Asli Pertak, di sini, hari ini memfokuskan pencarian di sektor B, C dan D dengan menggunakan pelbagai teknik termasuk bantuan unit anjing pengesan (K9) serta dron.
Key takeaways
Operasi mencari dan menyelamat mangsa kepala air di Sungai Luit, Hulu Selangor, difokuskan di sektor B, C dan D dengan bantuan anjing pengesan, dron serta penambahan penyelam.
- Operasi SAR melibatkan Unit STORM JBPM, APM SEIRA dan MGP di kawasan titik panas sektor B.
- Dua dron dan dua anjing K9 digunakan untuk pencarian di sektor C dan D.
- Delapan lelaki dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air pada Isnin lalu.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden kepala air di Sungai Luit, Kampung Orang Asli Pertak, di sini, hari ini memfokuskan pencarian di sektor B, C dan D dengan menggunakan pelbagai teknik termasuk bantuan unit anjing pengesan (K9) serta dron.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pasukan SAR terdiri daripada Unit STORM JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) SEIRA dan MGP melaksanakan pencarian terperinci di kawasan titik panas (Hot Spot) B menggunakan teknik sweep and sniff.
Menurutnya, pencarian di sektor C pula melibatkan dua ekor anjing K9 dan pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM di kawasan jeram terakhir (last rapid) serta rumpun sampah kayu menggunakan teknik sniff and dive.