Key takeaways
Operasi mencari dua mangsa kepala air di Sungai Luit, Hulu Selangor, diteruskan dengan tumpuan di sektor B dan C. Pelbagai aset seperti anjing pengesan, dron dan penyelam digerakkan untuk mencari mangsa di kawasan jeram dan timbunan kayu.
- Operasi SAR menumpukan pencarian di sektor B dan C menggunakan teknik sweep and sniff serta sniff and dive.
- Dua ekor anjing pengesan Unit K9 JBPM dan pasukan penyelamat di air terlibat dalam pencarian di sektor C.
- Dua unit dron digerakkan untuk mencari mangsa di permukaan air sektor D.
- Anggota penyelam daripada PPDA JBPM Selangor ditambah untuk memperincikan pencarian di sektor C.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan dua lagi mangsa tragedi kepala air di Sungai Luit, berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu diteruskan hari ini dengan tumpuan pencarian di sektor B dan C.
Pasukan SAR mempergiat usaha pencarian menggunakan pelbagai aset dan kepakaran termasuk Unit STORM Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), serta pasukan MGP.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pasukan terbabit melaksanakan pencarian secara terperinci di kawasan titik panas (hot spot) menggunakan teknik sweep and sniff bagi mengesan kemungkinan lokasi mangsa di sektor B.