IPOH: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor lembu di Jalan Kuala Trong-Trong, Taiping, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP S. Saravanan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian yang menimpa mangsa berusia 36 tahun itu kira-kira 1 pagi.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal jenis MDA Sporter S yang ditunggang mangsa melanggar haiwan ternakan terbabit yang dipercayai melintas dari arah kiri ke kanan jalan.
“Keadaan lokasi kejadian yang gelap serta tidak mempunyai kemudahan lampu jalan dipercayai menyukarkan pandangan pengguna jalan raya yang melalui laluan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.









