Serdang: Kehangatan Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 semakin terasa apabila saingan Zon Tengah bakal membuka tirai esok di Universiti Putra Malaysia (UPM), sekali gus menjanjikan persaingan sengit dalam kalangan regu yang mahu membuktikan kemampuan masing-masing.

Selepas kejayaan penganjuran zon terdahulu, tumpuan kini beralih ke Serdang apabila pemain muda bawah 16 tahun bakal turun ke gelanggang dengan misi memburu kemenangan dan mengukuhkan peluang untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan berkenaan.

Berlangsung selama dua hari bermula esok dan Ahad, saingan Zon Tengah dijangka menyajikan aksi menarik dengan setiap regu pastinya mahu memberikan persembahan terbaik dalam usaha mencipta kejutan.