Klebang: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim yakin generasi muda dan rakyat Melaka akan membuat keputusan terbaik esok bagi memberi mandat kepada parti yang mampu membuat perubahan di negeri itu.

Beliau berkata, semua calon Pakatan Harapan (PH) berkempen dan menyantuni pengundi seramai mungkin sejak dua minggu lalu.

"Kita Pakatan Harapan bergerak berbaki hari ini sebelum mengundi esok. Kita akan pastikan bahawa gerak kerja, strategi di lapangan itu dapat terus dijalankan. Ini bagi memastikan ramai pengundi yang akan keluar esok.

"Perubahan harus dilakukan dan dilaksanakan pada pilihan raya kali ini. Ia bukan untuk kepentingan individu tertentu tetapi untuk manfaat rakyat Melaka.