GEORGE TOWN: Pemegang saham Perbadanan Bekalan Air Hol­dings Sdn. Bhd. (PBAHB) meluluskan pembelian air terawat secara pukal dari Perak bagi memenuhi keperluan bekalan Pulau Pinang mulai tahun 2032.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kelulusan tersebut diperolehi menerusi soko­ngan 97.93 peratus pemegang saham terhadap cadangan yang dikemukakan oleh Lembaga Pengarah PBAHB dalam Mesyua­rat Agung Luar Biasa (EGM) yang diadakan semalam.

Menurutnya, kelulusan berkenaan membolehkan PBA Pulau Pinang (PBAPP) memenuhi salah satu syarat terdahulu (condition precedent) dalam perjanjian pembelian air terawat antara kedua-dua pihak.

“Kita akan memaklumkan ke­­putusan ini kepada Bursa Malaysia dan juga pihak syarikat di Perak supaya langkah seterus­nya dapat diambil bagi memulakan projek berkaitan,” katanya selepas menghadiri mesyuarat tersebut, semalam.