HARI INI bukan sekadar soal melangkah keluar dari rumah menuju ke pusat pengundian untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat menerusi pentas demokrasi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.
Sebaliknya, setiap langkah itu membawa makna yang jauh lebih besar kerana di tangan 687,697 pengundi terletak kuasa untuk menentukan hala tuju pentadbiran negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.
Ada yang mengimpikan kehidupan lebih baik, ada yang mendambakan pembangunan lebih menyeluruh, malah tidak kurang juga yang mahu melihat masa depan anak mereka lebih terjamin di bawah sebuah pentadbiran yang bukan sahaja membawa kemajuan, tetapi turut menjaga kebajikan rakyat.
Segala harapan itu bakal diterjemahkan melalui satu tanda pada kertas undi.








