PONTIAN – Sebanyak 1,072 pusat pemindahan sementara (PPS) tersedia di seluruh negeri Johor untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) bagi memastikan kesiapsiagaan bencana berada pada tahap tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Hasrunizah Hassan berkata, semua PPS yang berdaftar mempunyai kapasiti menempatkan sehingga 265,599 mangsa yang dikenal pasti oleh Pejabat Daerah.

Katanya, Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) akan menentukan kesesuaian bangunan yang digunakan sebagai PPS seperti sekolah rendah dan sekolah menengah.

“Selain sekolah agama, dewan orang ramai, balai raya, rumah ibadat serta beberapa premis lain yang sesuai dan selamat untuk penempatan sementara mangsa bencana,” katanya kepada Kosmo! selepas merasmikan pertandingan bola jaring terbuka daerah Pontian di Taman Saujana, disini, pagi ini.