Kuala Lumpur: Lima penumpang sebuah bas persiaran disaman selepas tidak memakai tali pinggang keledar dalam Ops Patuh di Plaza Tol Gombak, di sini, kelmarin.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Hamidi Adam berkata, pihaknya menjalankan operasi pemeriksaan terhadap bas yang melalui kawasan itu.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati lima penumpang tidak memakai tali pinggang keledar.
"Susulan itu, mereka dikenakan tindakan saman mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).








