KOTA BAHRU: Naib Presiden 1 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Rosmadi Ismail menang tanpa bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas pencalonan ditutup pada 5 November lalu dan diumumkan semalam.

Rosmadi diumum menang tanpa bertanding selepas tiada calon lain disenaraikan selepas pencalonan sejak 24 Oktober itu dibuka.

Turut menang tanpa bertanding adalah jawatan Timbalan Presiden KAFA yang dimenangi bekas pengurus ketika zaman The Red Warriors treble 2012 iaitu Azman Ibrahim.

Tiga lagi jawatan naib Presiden dimenangi Amin Zubair Muhamad, Khabir Sufi Burhanuddin dan Mohd Shukry Fauzi.