Pacuan empat roda tertera logo dan gambar calon PH bagi Tanjung Bidara Yunazri Mustamiri diarahkan keluar dari zon larangan berkempen di depan Sekolah Kebangsaan Jeram pagi tadi.MASJID TANAH: Sebuah kenderaan membawa calon Pakatan Harapan (PH) bagi Tanjung Bidara, Yunazri Mustamiri diarah keluar dari kawasan pusat mengundi kerana memaparkan logo parti di zon larangan berkempen.

Arahan itu dikeluarkan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas seorang individu dipercayai ejen parti bertanding memaklumkan kehadiran pacuan empat roda itu di depan pintu masuk pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Jeram.

Yunazri mengakui kekhilafan itu dan berkata kenderaan berkenaan hanya berhenti seketika untuk menurunkannya di depan pusat mengundi bagi membolehkannya meninjau proses pengundian.