PETALING JAYA – Tidak cukup dengan satu malam, Amir Masdi hadir dengan berita gembira apabila acara eksklusifnya, AM:PM Showcase yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur menambah slot menjadi dua malam persembahan.
Impak sambutan hangat yang diterima, peminat yang terlepas peluang memiliki tiket pada persembahan malam 20 Disember berpeluang menyaksikan persembahan Amir untuk malam kedua pula yang dijadualkan sehari awal sebelum tarikh asal iaitu pada 19 Disember.
“Disebabkan permintaan yang tinggi dan untuk tidak mengecewakan hati peminat tegar Amir, kami mengambil keputusan untuk meneruskan Showcase ini buat hari kedua.
“Tiket untuk Battle sudah mula dijual bermula malam ini, Sabtu, 14 November, jam 9:30 malam. Showcase eksklusif ini akan mengambil masa selama dua jam dan lebih kurang 22 buah lagu hit Amir akan dipersembahkan,” katanya Ekmal Md Nor selaku Pengarah Projek mewakili penganjur AM: PM Showcase, ULTIMATE MEDIA.










