London: Keputusan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menarik balik akreditasi wartawan veteran Formula Satu (F1), Jonathan McEvoy, mencetuskan kontroversi apabila akhbar Britain, The Daily Mail, mengumumkan boikot terhadap baki tiga perlumbaan musim ini.

The Daily Mail mengesahkan pada Jumaat bahawa pihaknya tidak akan membuat liputan perlumbaan mahupun sidang media bagi baki saingan musim 2026 sebagai tanda bantahan terhadap tindakan FIA itu.

McEvoy, yang mempunyai pengalaman lebih dua dekad membuat liputan F1, dimaklumkan pada Khamis bahawa akreditasinya ditarik balik susulan kolum pendapat yang diterbitkan pada 4 November lalu, yang mengkritik pemandu Ferrari, Charles Leclerc dengan gelaran 'sneaky little bastard'.