Georgetown: Seorang pemandu cedera akibat ditoreh pada lengan kanan dan perut selepas diserang menggunakan pisau dalam insiden di hadapan sebuah sekolah di sini, pada 4 November lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihak polis mengesan rakaman video tular berhubung kejadian serangan itu di media sosial hari ini.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lancang jam 2.07 petang pada 4 November lalu.
"Mangsa, seorang lelaki berusia 54 tahun, mengalami luka torehan pada lengan kanan dan bahagian perut akibat diserang menggunakan pisau oleh seorang lelaki berusia 30 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.









