Klang: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memberi isyarat bahawa peningkatan sokongan pengundi semata-mata belum mencukupi, sebaliknya kerjasama antara gabungan politik menjadi penentu kejayaan membentuk kerajaan.
Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kejayaan membentuk kerajaan bukan hanya bergantung kepada strategi ketika pilihan raya, sebaliknya turut memerlukan kesepakatan dan kerjasama antara gabungan politik.
Beliau berkata, perkembangan awal keputusan PRN Melaka menunjukkan peningkatan sokongan yang positif, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu dan anak muda.
Bagaimanapun, katanya, peningkatan berkenaan masih belum mencukupi.









