Melaka: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain masih menjalankan tugas seperti biasa susulan tiada sebarang arahan lanjut berhubung kedudukannya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang arahan lanjut sama ada Mohd Shuhaily akan dikembalikan semula ke pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini, Datuk Seri Shuhaily adalah seorang pegawai polis yang menjalani kontrak selama dua tahun sebagai Ketua Pengarah AKPS.
"Pelantikan beliau dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi saya menunggu arahan lanjut sekiranya beliau dikembalikan kepada PDRM untuk tindakan seterusnya. Setakat ini belum ada lagi apa-apa arahan," katanya.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fml13_188888.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
